|
|
| Thursday, 21-Jun-2007 08:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
 
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Jun-2007 12:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Solemnisation Ceremony of Royal Couple
|
|
Assalamualaikum...The akad nikah ceremony of the brunei royal couple...
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yesterday attended the "Istiadat Akad Nikah Diraja" or solemnisation of the marriage vows of Her Royal Highness Princess Hjh Majeedah Nuurul Bulqiah to YM Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Hj Jaafari.
Also in attendance at the ceremony, held at Sultan Omar Ali Saifuddien mosque in the capital, were His Royal Highness Prince Hj Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince, HRH Prince Mohamed Bolkiah, HRH Prince Hj Sufri Bolkiah and HRH Prince Abdul Malik.
Prior to the ceremony, His Majesty performed the highly recommended 'Sunat Tahiyatul Masjid' prayer.
The ceremony began with Pg Khairul Khalil led by Pg Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pg Anak Hj Abdul Rahim proceeding to the mosque. Men carrying 12 Sinipit, six Pedang and Perisai, six Tumbak Bendarangan and four Kabok and Penastan accompanied the entourage.
Pg Khairul Khalil was invited to sit at Kasur Namat, a square cushion, surrounded by four ceremonial candles in the centre of the room. The ceremony began when Pehin Dato Dr Awang Haji Hussain informed YAM Pg Lela Cheteria Sahibun Najabah Pg Anak Haji Abdul Aziz that the Istiadat 'Akad Nikah Diraja' was ready to proceed.
YAM Pg Lela Cheteria Sahibun Najabah Pg Anak Hj Abdul Aziz informed His Majesty that the solemnisation of marriage or 'Akad Nikah' was ready to begin to which His Majesty gave his consent.
Pehin Dato Hj Awg Abdul Salim then approached His Majesty along with two men carrying a marriage vow certificate placed in a brass receptacle.
The 'Akad Nikah' ceremony began with Pehin Dato Hj Awg Abdul Salim reciting the Surah al-Fatihah. Pehin Dato Hj Awg Abdul Salim then performed the 'Akad Nikah' with Pg Khairul Khalil affirming his acceptance of the 'akad nikah' or marriage solemnisation. Outside the mosque, cannons were fired 17 times to mark the conclusion of the ceremony.
'Lafaz Ta'liq' was then read by Pg Khairul Khalil who later signed the solemnisation form followed by Pehin Dato Hj Awg Abdul Salim. A doa selamat was read by the State Mufti.
Pg Khairul Khalil later paid his respects to His Majesty, HRH the Crown Prince, HRH Prince Mohamed Bolkiah, HRH Prince Hj Sufri Bolkiah and HRH Prince Abdul Malik.
Pg Khairul Khalil also paid his respects to his father Pg Syed Hj Jaafari.
His Majesty and other members of the royal family later left the mosque followed by Pg Khairul Khalil, who was accompanied by Pg Anak Hj Abdul Rahim and entourage. - Borneo Bulletin (8th June 2007)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Jun-2007 12:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Profile of Royal Couple
|
|
Assalamualaikum...Some info regarding the brunei royal couple...
Profile of the royal couple
Her Royal Highness Princess Hjh Majeedah Nuurul Bulqiah was born on March 16, 1976. She is the fourth child of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Her Royal Highness holds a BA (Hons) in Administration and Public Policy from Universiti Brunei Darussalam and also holds an MA Environmental Development from the King's College of the University of London.
HRH is currently the Senior Environment Officer and Head of Planning and Management Division at the Department of the Environment, Parks and Recreation, an agency under the Ministry of Development.
One of the tasks of the Planning and Management Division is to evaluate the Environmental Impact Assessment Report of the Sg Liang Industrial Site Development. A string of successful projects under the direct supervision of HRH include the Asean Youth Forum on Environment, which was held January 8, 2007.
HRH began her career as Special Duties Officer at the Environment Unit, a section of the Ministry of Development responsible for policy and strategic environment affairs, Feb 11, 2002.
Among her written works include the Environmental Management Guidelines for Quarry Activity and the Position Paper on Brunei's Accession to the Basel Convention to Control the Disposal and Transboundary Movement of Hazardous Waste.
Meanwhile, the groom, YM Pengiran Khairul Khalil, was born on February 28, 1975 and is the eldest son and second child of Pengiran Syed Hj Jaafari Bin Pengiran Syed Hj Mashor and Hjh Sarbanun Hj Abdi Manaf.
Pengiran Khairul Khalil has an elder sister and a younger brother and sister.
Pengiran Khairul Khalil holds a BTEC Higher National Diploma in Building Studies from the University of Teeside, UK. He is currently the Assistant Executive Officer at the Prime Minister's Office.
Before working in the government sector, he worked as a journalist and graphic designer at Avesta Printing & Trading Sdn Bhd from 2002 to 2003.
Among the fond memories during his career as a journalist besides covering the local news, was his interview of former President of the United States, Bill Clinton during his visit to the Sultanate in 2002.
His hobbies are graphic designing, multimedia and video production, interior designing and soccer. - Borneo Bulletin (31st May 2007)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Jun-2007 11:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Royal Brunei Wedding (Late Entry...)
|
|
Assalamualaikum...it's been a while since I last updated my fp.I've just came back after a long holiday... .After that..my hp "msk air' ...So, for now..no new peektures.. .2dy's entry is about the royal wedding of HRH Princess Hjh.Mejeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
& YM Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari .Just FYI out there about the wedding...
MAJLIS ISTIADAT BERSURUH DIRAJA PENUH BERISTIADAT
Pic (1)
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika mengurniakan titah di majlis itu.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Bersuruh Diraja bagi puteri baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil binPengiran Syed Haji Jaafari.
Majlis Istiadat Bersuruh Diraja berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman. Berangkat sama ke majlis tersebut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.
Pada Istiadat itu baginda juga berkenan menerima mengadap rombongan Bersuruh Diraja dan mengurniakan titah penerimaan lamaran Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil yang disembahkan oleh ayahndanya Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari bin Syed Haji Mashor.
Terdahulu, sebaik sahaja rombongan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith berangkat tiba dan mengambil tempat duduk di Baitur Rahmah, Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah menyabdakan supaya YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela mengadap ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia dan seterusnya menjunjung baginda berangkat.
YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela kemudian meninggalkan majlis untuk mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis baginda bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia dan seterusnya menjunjung baginda berangkat.
Sejurus sahaja Kebawah DYMM berangkat tiba di Baitur Rahmah dan bersemayam di tempat yang dikhaskan berserta anakanda-anakanda dan adinda-adinda baginda, YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah kemudian menyembahkan ke hadapan majlis baginda bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia.
Istiadat disusuli dengan YAM Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof mengadap ke hadapan majlis baginda diikuti oleh Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari.
YAM Pengiran Setia Negara kemudian berdatang sembah ke hadapan majlis baginda mengenai kedatangan rombongan tersebut yang membawa hajat yang besar Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari dan menyembahkan untuk Pengiran Syed Haji Jaafari sendiri menyembahkan hasrat dan hajat keluarganya itu.
Selepas itu Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari berdatang sembah melahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih atas kurnia perkenan baginda menerima beliau dan rombongan mengadap.
Pic(2)
YANG Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bersama Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor ketika menjunjung anugeraha mengadap ke hadapan majlis baginda.
Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari kemudian berdatang sembah untuk menyerahkan anaknya Awangku Khairul Khalil ke hadapan majlis Kebawah DYMM seterusnya menyembahkan hajat rombongan tersebut.
Selesai sahaja kurnia titah perkenan Kebawah DYMM, Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari bagi pihak keluarganya kemudian menyembahkan ucapan menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda.
Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
Berangkat dan hadir di majlis tersebut YAM Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan serta para jemputan.
Istiadat Bersuruh Diraja
Pic (3)
BAGINDA bersama putera dan adinda-adinda baginda berangkat ke Baitur Rahmah bagi Majlis Istiadat Bersuruh Diraja.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Jun. - Istiadat Perkahwinan Diraja yang penuh warna-warni dan tradisi bermula hari ini dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman dan Darul Karamah.
Istiadat Bersuruh Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki di Darul Karamah, Jalan Babu Raja di sini bermula dengan Yang Dimuliakan Pehin Bendahari Haji Awang Abu Bakar menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith yang kemudiannya menyabdakan supaya istiadat dimulakan.
Pic (4)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama anakanda-anakanda dan adinda-adinda baginda menadah tangan semasa doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.
Yang Dimuliakan Pehin Bendahari Haji Awang Abu Bakar balik ke tempat duduknya yang kemudiannya diikuti oleh Awang-Awang membawa doa selamat masuk ke dalam majlis dan menyerahkannya kepada Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim untuk membacakan doa selamat sebelum rombongan Istiadat Bersuruh Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki meninggalkan Darul Karamah untuk menuju ke Istana Nurul Iman.
Rombongan Istiadat Bersuruh Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bersama dengan ayahanda Pengantin Diraja Lelaki, Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor dan beberapa orang Cheteria, Pehin-pehin Manteri serta Pengarah-pengarah berangkat menuju ke Istana Nurul Iman.
Pic(5)
Majlis Istiadat Bersuruh Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki yang berlangsung di Darul Karamah, Beribi.
Setelah selesai Istiadat Bersuruh Diraja di Istana Nurul Iman, rombongan Istiadat Bersuruh Diraja bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki yang dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja kemudiannya berangkat kembali ke Darul Karamah.
Sekali lagi Yang Dimuliakan Pehin Bendahari Haji Awang Abu Bakar menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja yang Istiadat Bersuruh Diraja telah sempurna dilaksanakan dan Yang Amat Mulia kemudiannya menyabdakan supaya majlis ditutup.
Juga berangkat dan hadir, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha-setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan serta para jemputan lainnya.
ISTIADAT MEMBUKA GENDANG JAGA-JAGA
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Jun. - Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga bagi Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari berlangsung di Lapau, ibu negara hari ini.
Pic(6)
KEBERANGKATAN tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapau, ibu negara dialu-alukan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad
Majlis yang berlangsung penuh adat istiadat telah disempurnakan di hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dialu-alukan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad.
Majlis bermula dengan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah bahawa Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga telah siap sedia.
Pic 8
Duli Yang Teramat Mulia menyabdakan supaya istiadat tersebut dimulakan.
Setelah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah menyembahkan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, maka Duli Yang Teramat Mulia menyabdakan supaya istiadat tersebut dimulakan.
Seterusnya Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela mengarahkan kepada Ketua Juru Laki Awang Haji Duraman supaya majlis istiadat dimulakan.
Setelah menjunjung anugeraha Ketua Juru Laki berjalan menuju Pataratna melalui peningkah sebelah kiri dan ketika sampai di hadapan Pataratna, ia pun duduk dengan hormat dan penuh tertib mengangkat sembah.
Pic(9)
KETUA Juru Laki Awang Haji Duraman menjunjung anugeraha untuk berjalan menuju Pataratna melalui peningkah sebelah kiri dan ketika sampai di hadapan Pataratna, ia pun duduk dengan hormat dan penuh tertib mengangkat sembah dan seterusnya beringsut menaiki pipak peningkah Pataratna satu demi satu terus mengambil dan mengusung Nakara.
Kemudian ia pun beringsut menaiki pipak peningkah Pataratna satu demi satu terus mengambil dan mengusung Nakara di atas kepalanya lalu berjalan membelah majlis menuju ke tempat yang dikhaskan untuk Nakara itu iaitu di hadapan Alat-Alat Gendang Jaga-Jaga yang lain.
Apabila selesai Ketua Juru Laki pun mengangkat sembah dan setelah siap semuanya siap sedia ia pun menitir Nakara dan diikuti dengan tiupan Serunai dan gualan Gendang Labek, Agong dan Chanang dengan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak 21 das. Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Pic(7)
YANG Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga telah siap sedia .
Sebaik sahaja Ketua Juru Laki keluar majlis, Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah bahawa Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan.
Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah seterusnya menyembahkan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota telah sempurna dilaksanakan dan setelah itu Duli Yang Teramat Mulia menyabdakan agar majlis ditutup.
Pic(10)
PEGANDANG-Pegandang yang diketuai oleh Ketua Juru Laki Awang Haji Duraman menitir Nakara dan diikuti dengan tiupan Serunai dan gualan Gendang Labek, Agong dan Chanang dengan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak 21 das
Majlis dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.
Dari Lapau, rombongan kurnia Gendang Jaga-Jaga yang dikepalai Yang Dimuliakan Lagi Dihormati pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela diiringi Pehin-Pehin Manteri, Pehin-pehin Khatib, Begawan Pehin Khatib, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pendalaman menuju ke Istana Nurul Iman dan sepasukan Gendang Jaga-jaga yang dikurniakan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang dititahkan memangku pekerjaan Pengantin Diraja Lelaki menuju ke Darul Karamah.
Berkenan menjunjung kurnia Gendang Jaga-Jaga
Pic(11)
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith sejurus tiba di Darul Karamah, Beribi.
GADONG, Sabtu, 2 Jun.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah yang memangku Istiadat Perkahwinan Diraja berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga di Darul Karamah Kampong Beribi di sini.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith, Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yussof dan Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor.
Majlis Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga bermula dengan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menyembahkan kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad bahawa sepasukan kurnia gendang jaga-jaga yang dianugerahkan kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara telah siap sedia.
Setelah itu Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Awang Yaakub mengadap YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad yang menyabdakan supaya YDM mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara bahawa kurnia Sepasukan Gendang Jaga-Jaga telah siap sedia.
YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna kemudian mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara untuk menjunjung perkenan supaya istiadat dimulakan.
Pic(12)
YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Awang Yaakub mengadap ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah .
Selepas itu YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna menyembahkan sabda perkenan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad kemudiannya menyabdakan supaya istiadat dimulakan. Sejurus selepas itu Yang Mulia Juru Laki, Awang Ariffin mengarahkan supaya memulakan gualan Gendang Labek diikuti dengan tiupan Serunai serta gualan Agong dan Chanang diiringi oleh tembakan meriam sebanyak 17 das.
Istiadat diteruskan dengan Titir Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Hujung diikuti oleh Titir Gendang Perang mengikut jumlah orang-orang yang hadir.
Pic(13)
YDM Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim ketika membaca doa selamat.
Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.
Selepas itu Juru Laki, Awang Ariffin menjunjung anugeraha menuju ke Rumah Pegandangan diikuti oleh pegandang-pegandang yang lain.
Kemudian YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela menyembahkan kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad bahawa Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menyabdakan supaya YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara bahawa Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan dan menjunjung anugeraha.
YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna kemudian mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara bahawa Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga telah sempurna dilaksanakan dan menjunjung anugeraha.
Pic(14)
SEPASUKAN Gendang Jaga-Jaga sedang memainkan alat bunyi-bunyian.
YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna kemudian menyembahkan sabda DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara kepada Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad kemudian menyabdakan supaya majlis ditutup. Hadir di majlis tersebut YAM Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.
ISTIADAT MENERIMA TANDA DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan menerima sembah Tanda Diraja.
Istiadat Menerima Tanda Diraja bagi Istiadat Perkahwinan Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari berlangsung di Istana Nurul Iman.
Pic(15)
YANG Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim mengepalai rombongan Menghantar Tanda Diraja berangkat masuk ke Baitur Rahmah.
Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja bermula dengan rombongan Menghantar Tanda Diraja yang dikepalai oleh YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim berangkat tiba di pintu besar Istana Nurul Iman dengan dialu-alukan oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin; YB Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri; YDM Pehin Penyurat Awang Maidin; YDM Pehin Penyurat Haji Awang Osman; YM Damong Awang Haji Ahmad dan YM Pengarah Awang Haji Abdul Rahman termasuk YM Juru Bini Dayang Hajah Rokiah dan seorang muda-muda.
Sebaik tiba di pintu besar Istana Nurul Iman, Tanda Diraja yang dikipak oleh YM Pengarah Awang Jaini diikuti oleh seorang muda-muda diserahkan kepada YM Damong Awang Haji Ahmad, diikuti oleh seorang muda-muda yang sedia menunggu dan diikuti dengan tembakan meriam 17 das sebagai menandakan Tanda Diraja telah diterima.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad dijunjung berangkat masuk ke Baitur Rahmah oleh YDM Pehin Penyurat Awang Maidin dan YDM Pehin Penyurat Haji Awang Osman dengan diiringi oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana dan YB Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja diikuti oleh rombongan menghantar Tanda Diraja yang terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian bergelang pengaluan, bergelang geronchong, memakai subang dan berbunga serondoh yang dikipak oleh YM Damong Awang Haji Ahmad diikuti oleh seorang muda-muda dan diiringi oleh Pengiran-Pengiran Empat serta tujuh orang pengiring Pengiran-Pengiran Empat diikuti oleh Awang-Awang yang membawa Gangsa Bawa-Bawaan yang berisi sepangadak pakaian, sepasang gelang, sepasang subang dan cincin dua belah jari dan Dian 16 dibawa oleh 16 Awang-Awang dengan didahului oleh YM Juru Bini Dayang Hajah Rokiah yang berjalan di hadapan rombongan.
Pic(16)
YANG Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menjunjung anugeraha ke hadapan majlis Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad masuk dan duduk di dalam majlis diikuti oleh ahli-ahli rombongan. Sejurus selepas itu Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa Istiadat Menerima Tanda Diraja siap sedia.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah kemudian menyabdakan kepada YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela supaya istiadat dimulakan.
Serentak dengan itu YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menjunjung anugerah mengadap YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah diikuti oleh YAM Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof dan YAM Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh menyembahkan Tanda Diraja dan Gangsa Bawa-Bawaan yang berisi sepangadak pakaian, sepasang gelang, sepasang subang dan cincin dua belah jari.
Pic(17)
TANDA Diraja yang berupa seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian bergelang pengaluan, bergelang geronchong, memakai subang dan berbunga serondoh yang dikipak oleh Yang Mulia Damong Awang Haji Ahmad.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menyembahkan sabda DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah yang dititahkan memangku Majlis Istiadat Perkahwinan di pihak Pengantin Diraja Lelaki untuk mengepalai rombongan dan seterusnya menyembahkan pesambah daripada Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor iaitu Tanda Diraja yang berupa seorang kanak-kanak perempuan disertai dengan Gangsa Bawa-Bawaan untuk disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah kemudiannya bersabda menjunjung kasih atas kedatangan rombongan yang disabdakan oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara, akan hasrat dan hajat Pengiran Syed Haji Jaafari. Peramba sebagai wakil yang dititahkan di sini sukacita menerimanya dan mengucapkan berbanyak-banyak menerima kasih.
Insya-Allah Tanda Diraja ani akan peramba sembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
Sejurus selepas itu YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela mengadap YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah. YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah menyabdakan kepada YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela supaya membawa Tanda Diraja dan Gangsa Bawa-Bawaan disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
Pic(18)
AWANG-AWANG yang membawa Gangsa Bawa-Bawaan yang berisi sepangadak pakaian, sepasang gelang, sepasukan subang dan cincin dua belah jari dan Dian 16.
Dari Baitur Rahmah, YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela kemudian menjunjung anugeraha keluar menuju ke Balai Singgahsana Indera Kencana diikuti oleh Tanda Diraja bersama Gangsa Bawa-Bawaan dan diletakkan di tengah-tengah majlis. Pengiran-Pengiran Empat dari pihak Pengantin Diraja lelaki membuka alas Gangsa Bawa-Bawaan lalu diserahkan kepada YDM Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Dayang Siti untuk disaksikan kepada majlis yang hadir.
Majlis selepas itu diikuti dengan YDM Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Dayang Aminah dan YDM Pehin Jawatan Bini Hajah Dayang Siti berserta Dayang-Dayang yang membawa Gangsa Bawa-Bawaan untuk disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
Selepas disembahkan, YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah bahawa Tanda Diraja telah disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
Majlis Menghantar Tanda Diraja kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
Istiadat menerima Pertunangan Diraja penuh istiadat
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Jun. - Istiadat Menerima Pertunangan Diraja bagi Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari telah selamat disempurnakan dengan penuh adat istiadat diraja yang berlangsung di Baitur Rahmah Istana Nurul Iman di sini.
Pic(19)
ISTIADAT Menghantar Pertunangan Diraja dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.
Majlis bermula dengan keberangkatan rombongan Menghantar Pertunangan Diraja yang dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim berangkat tiba di pintu besar Istana Nurul Iman dengan dialu-alukan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin, Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman, Yang Mulia Damong Awang Haji Ahmad dan Yang Mulia Pengarah Awang Haji Abdul Rahman termasuk Yang Mulia Juru Bini Dayang Hajah Rokiah dan seorang muda-muda.
Sebaik sahaja rombongan menghantar Pertunangan Diraja tiba di pintu besar Istana Nurul Iman, Pertunangan Diraja yang diusung oleh Yang Mulia Pengarah Awang Jaini dan Yang Mulia Pengarah Awang Haji Kilali yang diiringi oleh seorang muda-muda diserahkan kepada Yang Mulia Damong Awang Haji Ahmad dan Yang Mulia Pengarah Awang Haji Abdul Rahman yang diiringi oleh seorang muda-muda yang sedia menunggu dan sejurus itu diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 17 das sebagai menandakan Pertunangan Diraja telah diterima.
Pic(20)
ISTIADAT Menerima Pertunangan Diraja yang berlangsung di Istana Nurul Iman didahului dengan usungan dua kanak-kanak yang dihiasai dengan perhiasan yang serba indah sebagai tanda penghantaran pertunangan (kanan dan kiri).
Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad dijunjung berangkat masuk ke Baitur Rahmah oleh YDM Pehin Penyurat Awang Maidin dan YDM Pehin Penyurat Haji Awang Osman dengan diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja diikuti oleh Rombongan Menghantar Pertunangan Diraja yang terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian laki-laki memakai gelang pengaluan, bergelang geronchong, memakai kanching, puntu azimat, memakai jamang di kepalanya dan berpanding tidak berbaju yang diurapi dengan tamu kuning dan digaris-garis dengan sisir yang diusung oleh YM Damong Awang Haji Ahmad dan diiringi oleh seorang kanak-kanak lelaki pemutus Tali Jintong yang berpakaian lengkap yang diusung oleh YM Pengarah Awang Haji Abdul Rahman dengan diiringi oleh seorang muda-muda dan diikuti oleh seorang Pengiran Perempuan berbaju gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai serta diringi oleh Pengiran-Pengiran Empat dan tujuh orang pengiring Pengiran-Pengiran Empat dan diikuti oleh Awang-Awang yang membawa Gangsa yang berisi Surat Mahar atau Berian dan ganti-gantian yang terdiri dari segangsa Pakaian (sepangadak), segangsa Gelang, segangsa Subang, segangsa Cincin dua belah jari, segangsa Ceramai, segangsa Kelakati dan Pisau serta 40 Janar yang disesandangkan di bahu 40 Awang-Awang serta Dian 16 dibawa oleh 16 Awang-Awang dengan didahului 12 Sinipit berjalan di hadapan rombongan diikuti oleh YM Juru Bini Dayang Hajah Rokiah, manakala Alat-Alat Kebesaran Diraja yang terdiri daripada 8 Pedang dan Perisai, 8 Tumbak Bendarangan dan 4 Kabok dan Panastan akan berjalan di belakang rombongan.
Pertunangan Diraja yang diusung oleh YM Damong Awang Haji Ahmad dan YM Pengarah Awang Haji Abdul Rahman diikuti oleh seorang muda-muda serta seorang Pengiran Perempuan berbaju gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai dan diiringi oleh Pengiran-Pengiran Empat dan Awang-Awang yang membawa Gangsa yang berisi Surat Mahar atau Berian dan ganti-gantian yang terdiri dari segangsa Pakaian (sepangadak), segangsa Gelang, segangsa Subang, segangsa Cincin dua belah jari, segangsa Ceramai, segangsa Kelakati dan Pisau serta Dian 16 dibawa oleh 16 Awang-Awang masuk ke dalam majlis dan duduk di tengah-tengah majlis.
Pic(21)
HANTARAN Pertunangan Diraja disaksikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Hajah Dayang Siti dan diperlihatkan kepada para jemputan wanita yang hadir (kiri). Sementara gambar tengah dan kanan, suasana Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja.
Sementara itu, 40 Janar yang disesandangkan di bahu 40 orang Awang-Awang dikutip di hadapan pintu Baitur Rahmah dan disimpan ke dalam 2 gangsa yang akan dibawa masuk oleh 2 orang Awang-Awang ke dalam majlis dan seterusnya duduk di hadapan Dian 16.
Alat-Alat Kebesaran Diraja iaitu yang terdiri dari 12 Sinipit, 6 Pedang, 6 Tumbak dan 4 Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang serta 40 orang Awang-Awang yang membawa Janar tadi beratur di luar Baitur Rahmah.
YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah menyabdakan kepada Yang Dimuliakan Lagi Dihormati supaya istiadat dimulakan. Sejurus selepas itu, YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menjunjung anugeraha untuk mengadap YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah diikuti oleh YAM Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof dan YAM Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh.
Kemudiannya YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menyembahkan Pertunangan Diraja kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah.
Antara kandungan sembah YAM berbunyai, "Terlebih dahulu abis peramba menyembahkan berbanyak-banyak menjunjung kasih atas keikhlasan abis Tuan Peramba mengalu-alukan kedatangan Peramba bersama rombongan Menghantar Pertunangan Diraja.
"Peramba ani disabdakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang dititahkan memangku Majlis Istiadat Majlis Istiadat Perkahwinan bagi pihak Pengantin Diraja Lelaki untuk mengepalai rombongan dan seterusnya menyembahkan pesambah daripada Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor iaitu Pertunangan Diraja yang berupa seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berserta Surat Mahar atau Berian dan barang ganti-gantian yang berjumlah 25 Gangsa serta 40 Janar untuk disembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar," sabda Yang Amat Mulia. Pertunangan Diraja yang abis Peramba bawa ani, abis Peramba sembahkantah ke pihak abis Tuan Peramba sebagai wakil pihak Pengantin Diraja Perempuan."
Sementara itu dalam sabda menerima Pertunangan Diraja, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz menyabdakan :
"Alhamdulillah, menjunjung kasih jua atas rombongan abis Tuan Peramba akan hasrat dan hajat Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor atu, peramba sebagai wakil yang dititahkan di sini sukacita menerimanya dan mengucapkan berbanyak-banyak menerima kasih.
"Insya-Allah Pertunangan Diraja ani akan peramba sembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri,” sabda Yang Amat Mulia.
YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah menyabdakan supaya Yang Dimuliakan Lagi Dihormati membawa bersama-sama hantaran Pertunangan Diraja ke Balai Singgahsana Indera Kenchana.
Ketibaan Rombongan Pertunangan Diraja di Balai Singgahsana Indera Kenchana dialu-alukan oleh Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Dayang Aminah dan Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Hajah Dayang Siti.
Dayang-Dayang yang membawa Gangsa tempat menyalin Bawa-Bawaan serta Dian 16 yang dibawa oleh 16 Dayang-Dayang bersedia di luar Balai Singgahsana Indera Kenchana.
Pertunangan Diraja kemudian dibawa masuk ke Balai Singgahsana Indera Kenchana. YDM Pehin Manteri Bini menyembahkan kepada Kepala Majlis untuk membuka Gangsa Bawa-Bawaan. Pengiran-Pengiran Empat dari Pihak Pengantin Diraja Lelaki akan membuka alas Gangsa Bawa-Bawaan dan mengeluarkannya lalu diserahkan kepada YDM Pehin Manteri Bini dan YDM Pehin Jawatan Bini untuk disaksikan kepada Kepala Majlis, Pengiran-Pengiran Empat dari Pihak Pengantin Diraja Perempuan serta kepada yang hadir. YDM Pehin Manteri Bini menjunjung anugeraha kepada Kepala Majlis.
Yang Mulia Damong Awang Haji Ahmad dan Yang Mulia Pengarah Awang Haji Abdul Rahman akan mengipak Pertunangan Diraja keluar dari majlis dengan diikuti oleh seorang muda-muda serta seorang Pengiran Perempuan berbaju gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai dengan diiringi oleh YDM Pehin Manteri Bini dan YDM Pehin Jawatan Bini berserta Dayang-Dayang yang membawa Gangsa Bawa-Bawaan untuk disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
Yang Dimuliakan Lagi Dihormati diikuti oleh seorang Pengiran Perempuan berbaju gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai dengan diiringi oleh Pengiran-Pengiran Empat dan Awang-Awang yang membawa Gangsa yang telah disalin masuk semula ke Baitur Rahmah diikuti oleh Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang dan duduk di tengah-tengah majlis.
Yang Dimuliakan Lagi Dihormati seterusnya menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah bahawa Pertunangan Diraja telah disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.
Pic(31)
PARA pembesar negara yang terdiri dari Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet dan para pembesar negara yang lain menadah tangan ketika doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.
Selesai sahaja majlis tersebut, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz, membacakan doa selamat.
YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad sekali lagi menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah untuk menjunjung anugeraha meninggalkan majlis dan diikuti oleh ahli-ahli rombongan yang lain.
Rombongan Menghantar Pertunangan Diraja berangkat meninggalkan Istana Nurul Iman untuk balik semula ke Darul Karamah. Sekali lagi YDM Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela menyembahkan kepada YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah bahawa Majlis Istiadat Menerima Pertunangan Diraja telah sempurna dilaksanakan dan seterusnya Yang Amat Mulia menyabdakan supaya majlis ditutup.
Majlis istiadat Menghantar Pertunangan Diraja di Darul Karamah
GADONG, Selasa, 4 Jun. - Majlis Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari berlangsung hari ini di Darul Karamah, Beribi di sini.
Pic(25)
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke Darul Karamah bagi Majlis Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah di Darul Karamah dialu-alukan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith, Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof dan Yang Mulia Pengiran Syed Haji Jaafari.
Majlis Istiadat menghantar pertunangan diraja bermula dengan YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri haji Awang Yaakub menyembahkan kepada YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bahawa Majlis Istiadat menghantar Pertunangan Diraja telah siap sedia dan kemudian YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menyabdakan kepada YDM Pehin Orang kaya Maharaja Kerna untuk mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara bahawa majlis istiadat menghantar pertunangan diraja telah siap sedia. Selepas itu DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara menyabdakan supaya istiadat dimulakan dan seterusnya menyabdakan YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad mengepalai rombongan menghantar pertunangan diraja ke Istana Nurul Iman.
Pic(27)
YANG Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri haji Awang Yaakub menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bahawa Majlis Isitadat menghantar Pertunangan Diraja telah siap sedia.
Pic(28)
Pertunangan Diraja terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian laki-laki memakai gelang pengaluan, bergelang geronchong, memakai kanching, puntu azimat, memakai jamang di kepalanya dan berpanding tidak berbaju yang diurapi dengan tamu kuning dan digaris-garis dengan sisir yang diusung oleh Yang Mulia Pengarah Awang Jaini dan diiringi oleh seorang kanak-kanak lelaki pemutus tali jintong yang berpakaian lengkap yang diusung oleh Yang Mulia Pengarah Awang Haji Kilali dengan diiringi oleh seorang muda-muda.
Pertunangan Diraja terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian tradisi Brunei memakai gelang pengaluan, bergelang geronchong, memakai kanching, puntu azimat, memakai jamang di kepalanya dan berpanding tidak berbaju yang diurapi dengan tamu kuning dan digaris-garis dengan sisir yang diusung oleh Yang Mulia Pengarah Awang Jaini dan diringi oleh seorang kanak-kanak lelaki pemutus tali jintong yang berpakaian lengkap yang diusung oleh Yang Mulia Pengarah Awang Haji Kilali dengan diiringi oleh seorang muda-muda.
Kemudian diikuti oleh Awang-Awang yang membawa Gangsa yang berisi Surat Mahar atau Berian dan ganti-gantian yang terdiri dari segala pakaian (sepangadak), segangsa gelang, segangsa subang, segangsa cincin dua belah jari, segangsa ceramai, segangsa kelakati dan pisau serta 40 Janar yang disesandangkan di bahu 40 Awang-Awang yang diiringi oleh seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai serta Dian 16 dibawa oleh 16 Awang-Awang masuk ke dalam majlis dan duduk di tengah-tengah majlis. Manakala Awang-Awang yang membawa Alat-Alat Kebesaran Diraja iaitu terdiri daripada 12 Sinipit, empat Pedang dan Perisai, empat Tombak Bendarangan dan empat Kabok dan Panastan beratur dan bersedia di luar majlis.
Pic(29)
Awang-Awang yang membawa Gangsa yang berisi Surat Mahar atau Berian dan ganti-gantian yang terdiri dari segala pakaian (sepangadak), segangsa gelang, segangsa subang, segangsa cincin dua belah jari, segangsa ceramai, segangsa kelakati dan pisau serta 40 Janar yang disesandangkan di bahu 40 Awang-Awang.
Rombongan menghantar Pertunangan Diraja yang dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad berangkat menuju ke Istana Nurul Iman.
Rombongan menghantar Pertunangan Diraja tiba di Darul Karamah dan duduk di dalam majlis, manakala Awang-Awang yang membawa Gangsa yang telah disalin dan Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang duduk di tengah-tengah majlis.
Alat-Alat Kebesaran Diraja yang terdiri dari 12 Sinipit, enam Pedang dan Perisai, enam Tombak Bendarangan dan empat Kabok dan Panastan berdiri di tempat yang ditentukan.
Sementara itu, YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara bahawa rombongan sudah pun ke tempat Pengantin Diraja Perempuan membawa Pertunangan Diraja daripada Pengiran Syed Haji Jaafari dan telah pun disembahkan Ke hadapan majlis kebawah Duli Yang Maha Mulia paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri dan paduka kekanda mengucapkan berbanyak-banyak menjunjung kasih.
Pic(30)
Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim (kiri). SEBAHAGIAN para tetamu yang sama-sama hadir bagi Majlis Menghantar Pertunangan Diraja di Darul Karamah, Beribi (kanan).
Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim. Selepas itu YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad menyabdakan supaya YDM Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna mengadap serta menyembahkan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara bahawa Majlis Isitiadat Menghantar Pertunangan Diraja telah sempurna dilaksanakan dan kemudian DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara menyabdakan supaya majlis ditutup.
Istiadat Berjaga-jaga bagi Perkahwinan Diraja
Pic(22)
MAJLIS Istiadat Berjaga-Jaga bagi Istiadat Perkahwinan Diraja diadakan di Istana Nurul Iman dihadiri sama oleh Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 2 Jun. - Majlis Istiadat Berjaga-Jaga Bagi Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari diadakan selama 14 hari bermula hari ini.
Majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman dilangsungkan di hadapan majlis Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Pic(23)
Ia dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan. Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Di ruang lain Istana Nurul Iman, Majlis Istiadat Berjaga-Jaga bagi kaum wanita telah diadakan yang dihadiri oleh isteri-isteri Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Manteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap.
Pic(24)
Sementara itu majlis istiadat yang serupa juga diadakan di Darul Karamah di Kampong Beribi iaitu kediaman Pengantin Diraja Lelaki yang dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pendalaman, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.
Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim. Sepanjang majlis istiadat itu dilangsungkan, beberapa permainan tradisi seperti Congkak dan Pasang telah diadakan. Lazimnya, Majlis Istiadat Berjaga-Jaga diadakan setelah sempurnanya Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dilaksanakan yang mana pada masa itu juga pemasangan perhiasan yang digunakan untuk istiadat itu mula dipasang di Pemanjangan serta di tempat yang ditentukan.
Alat-alat Gendang Jaga-Jaga turut diangkat dan diletakkan di tempat yang dikhaskan dipanggil ‘Balai Pemanjangan’ di hadapan Istana Nurul Iman.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Jun-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum...Went 2 Ipoh 2 attend our friend's wedding in Pasir Puteh.Left Haikal in Manjung with my in-laws & brought Haider & Hazeeq to Ipoh.2 is better 2 control with rather than 3...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-May-2007 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum...just came back from work... Going 2 give hazeeq a bath...B4 that ,me & hubby wanna have fun with him 1st .....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-May-2007 13:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum...my cousin & his family came 2 my house.School holidays just started, so he brought along his childrens..dptla depa mkn angin .I became the unofficial tour guide around kerteh... ,x larat nk gi jauh2...setakat area umah je...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-May-2007 20:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum...tgh nk tdokn hazeeq.Tp dia x mau tdo lg.. Silap2,ibu dia yg tdo dulu
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-May-2007 16:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hubby's B'dy...
|
|
Assalamualaikum...2day is hubby's b'day.....ada la skit celebration 4 him... Ank2 pun ari ni 1/2dy at kindergarden.Cause sok pun ari cuti 4 terengganu...xpela ari ni blk awal pun. .Mkn kek coklat & laksa ganu je...My hubby x suka sgt nk celebrate..hehehehehe.Thn ni rekodla agaknye.....Sambut kt ofis!Konon nk surprisekn hubby, tp kantoi!!!huhuhuhuhuh .The thought that counts kan?
I LOVE U Hubby.....muah!muah!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-May-2007 13:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Assalamualaikum...more pictures of Hazeeq .
|
|
|
|
|